PENDAHULUAN
1.
Alhamdulillah, segala pujian
dan syukur saya rafak ke hadrat AllahS.W.T yang telah menganugerahi kita dengan
seribu kenikmatan dan tetap berada di dalam keadaan bersyukur.
2.
Marilah kita panjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.Tkerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya,
diizinkan kita berhimpun di sini untuk sama-sama memeriahkan dan menggalakkan
aktiviti pendidikan dan kebajikan di Port Dickson.
3.
Saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke
laman ini agar kita sentiasa meningkatkan kefahaman mengenai pendidikan
dan kebajikan di dalam kehidupan ini.
4.
Saya mendoakan agar kita semua
dianugerahkan kesihatan dan kesejahteraan diri untuk meningkatkan kefahaman
tentang aktiviti kebajikan dan pendidkan untuk masyarakat keseluruhannya.
5.
Kami prihatin dengan keluhan
dan kesulitan masyarakat dalam mendepani cabaran hidup pada masa kini. Komitmen
dalam melaksanakanjanji-janji sedang diusahakan bagi meringankan beban hidup
masyarakat.
6.
Kita semua dapat menjalankan kerja-kerja
amal untuk mencapai matlamat pertubuhan, memberi bantuan kepada golongan yang
kurang berkemampuan dan menganjurkan program dan aktiviti pendidikan dan
kebajikan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat serta berpengetahuan.
7.
Kami akan sentiasa mengadakan
program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang
berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara, memupuk nilai-nilai
murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang
berhemah tinggi dan menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan
sahsiah dan jati diri.
Sekian, terima kaseh.
Tuan Hj Arshad Bin MD Yusof
Pengerusi Pertubuhan Dan Kebajikan Port Dickson 2023/2024
No comments:
Post a Comment